Thursday 26 July 2012

~ Pembuka Bicara~

Terimalah serangkap pantun daripada blog kami sebagai pembuka bicara :

Indah berbalam si awan petang;
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang;
Awal bismillah pembuka bicara.

Syukur alhamdulilah kerana kami dapat menyiapkan blog ini untuk perkongsian ilmu.  Kami telah memilih Seantero Pendidikan dalam 'header' blog ini kerana Seantero bermaksud seluruh, segenap.  Manakala bagi perkataan pendidikan pula kami pilih memandangkan kami merupakan guru pelatih IPG dan akan bergelar guru kelak.  Oleh yang demikian, blog yang kami hasilkan ini bukan sahaja dibina atas dasar untuk melengkapkan salah satu tugasan yang terdapat pada kerja kursus tetapi juga perkongsian ilmu tentang dunia pendidikan.



Selamat Datang ke blog bitara18.blogspot.com


No comments:

Post a Comment